More

    Samsung Galaxy A15 dan A25 5G akan dijual dengan diskaun sehingga RM200 sempena Hari Bapa

    Sempena sambutan Hari Bapa yang semakin hampir, Samsung Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk dua model telefon pintar mampu milik iaitu Samsung Galaxy A15 dan Samsung Galaxy A25 5G. Untuk masa yang terhad, harga dua telefon tersebut akan menerima diskaun sehingga RM200.

    Ini bermaksud Samsung Galaxy A15 akan dijual pada harga RM899 (harga asal RM999) manakala Samsung Galaxy A25 5G akan dijual pada harga RM1,099 (harga asal RM1,299). Kedua-dua telefon ditawarkan dalam pilihan warna biru, hitam dan kuning.

    Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G merupakan pilihan yang sesuai buat mereka yang inginkan peranti asas yang boleh lakukan kebanyakan tugas harian dengan lancar. Ia mempunyai bateri 5,000mAh yang boleh bertahan selama lebih daripada sehari, manakala di belakang pula kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 2MP mempunyai kebolehan versatil untuk gambar yang cantik dalam kebanyakan situasi.

    Kedua-dua telefon dilengkapi sistem keselamatan siber Samsung Knox untuk melindungi data anda. Saiz skrin juga sama, iaitu skrin Super AMOLED berukuran 6.5 inci dengan resolusi 1080×2340.

    Perbezaan di antara kedua-dua telefon adalah daripada segi cipset, di mana Galaxy A15 dilengkapi MediaTek Helio G99 (nod proses 6nm) manakala Galaxy A25 5G mempunyai Exynos 1280 (nod proses 5nm), jadi Galaxy A25 5G menawarkan prestasi yang lebih pantas sedikit. Selain itu, Galaxy A25 5G memiliki pembesar suara stereo manakala Galaxy A15 mempunyai pembesar suara mono sahaja.

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 17 Jun 2024. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured