More

    Samsung Galaxy A15 mungkin dilancar dengan skrin OLED

    Samsung sering melancarkan telefon pintar kelas permulaan mengikut keperluan pengguna-pengguna lain dan kini, Samsung Galaxy A15 dijangka akan dilancarkan dengan peningkatan besar pada bahagian paparan dalam masa terdekat.

    Menurut maklumat yang dikongsi oleh penerbit Korea Selatan, The Elec, Galaxy A15 akan dilengkapi dengan skrin OLED berbanding panel LCD yang terdapat pada model sebelumnya. Ini merupakan peningkatan yang ketara kerana ini merupakan kali pertama sebahagian daripada siri Galaxy A1X menggunakan skrin OLED.

    Panel OLED ini dikeluarkan oleh Samsung sendiri dengan menggunakan teknologi baru untuk mengurangkan kos pengeluaran. Panel tersebut diumumkan sesuai untuk peranti bajet dan sederhana kerana harganya yang rendah.

    Laporan tersebut juga mendakwa bahawa paparan ini telah dikeluarkan sejak suku pertama tahun ini. Sementara itu, siri Galaxy A15 dijangka akan dilancarkan dalam separuh pertama tahun 2024. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Elec

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...