More

    Samsung Galaxy A17 dan A07 rasmi di Malaysia, ciri AI premium bermula RM899

    Samsung Malaysia hari ini melancarkan dua telefon pintar baharu dalam siri Galaxy A iaitu Galaxy A17 (5G dan LTE) dan Galaxy A07 LTE. Kedua-dua model hadir dengan ciri berasaskan AI, rekaan moden dan ketahanan tinggi pada harga mampu milik.

    Galaxy A17 membawa teknologi daripada siri Galaxy S termasuk Gemini activation melalui butang sisi dan Gemini Live untuk kawalan suara bebas tangan manakala ciri Circle to Search dengan Google membolehkan pengguna mencari maklumat atau mengenal pasti muzik hanya dengan melingkar pada skrin.

    A17 menampilkan sistem tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama lebar 50MP, ultra lebar 5MP dan 2MP turut disertakan bersama penstabil imej optikal dipertingkat. Selain itu, terdapat juga paparan 6.7 inci Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz dan pengecasan pantas 25W. Kedua-dua model dibina dengan badan GFRP yang kukuh dan ringan, dilengkapi perlindungan IP54 serta kaca Corning Gorilla Glass Victus+ pada A17.

    Galaxy A17 hanya setebal 7.5mm dengan berat 192 gram (5G) atau 190 gram (LTE) manakala Galaxy A07 7.6mm dan 184 gram. Samsung menjamin enam generasi naik taraf Android OS serta enam tahun kemas kini keselamatan, selain Knox Vault, Theft Protection dengan kunci jauh dan pengesahan biometrik paksa serta Auto Blocker untuk menghalang aplikasi berbahaya.

    Galaxy A17
    Galaxy A07 LTE

    Galaxy A17 5G ditawarkan dalam warna hitam, kelabu dan biru pada harga RM999 untuk 8/256GB (promosi RM899) dan RM899 untuk 8/128GB (promosi RM799) manakala Galaxy A07 LTE hadir dalam pilihan ungu muda, hijau dan hitam dengan varian memori 6/128GB dan 8/256GB. Galaxy A17 5G dan A07 LTE mula dijual 5 September manakala A17 LTE pada 26 September.

    Bagi pembelian antara 5 hingga 30 September, pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi termasuk rebat harga, waranti tambahan setahun dengan pendaftaran dalam 30 hari, pengecas 25W percuma untuk varian terpilih, diskaun Galaxy Buds Core pada RM139 serta potongan 30% aksesori seperti bank kuasa dan sarung telefon.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured