More

    Samsung Galaxy A22 tawarkan pelbagai fungsi canggih pada harga RM899 sahaja!

    Jika anda sedang mencari telefon pintar yang dijual pada harga bawah seribu Ringgit namun masih dilengkapi pelbagai fungsi canggih, Samsung Galaxy A22 adalah peranti yang paling sesuai untuk anda. Ia menawarkan banyak ciri-ciri menarik yang biasanya tidak dilengkapi dalam telefon jenama lain yang ditawarkan dalam jurang harga ini.

    Sebagai contoh, kamera utama 48MP dalam Galaxy A22 dilengkapi teknologi penstabilan imej optikal (OIS) untuk mengambil gambar yang sangat cantik dengan mudah. Telefon lain yang tidak mempunyai OIS sukar untuk mengambil gambar cantik kerana getaran kecil yang dihasilkan oleh tangan membuatkan kameranya susah untuk fokus pada subjek. Dengan teknologi OIS dalam Galaxy A22, masalah ini boleh diselesaikan dengan cemerlang.

    Modul kamera Galaxy A22 datang lengkap dengan kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Gabungan sensor-sensor ini membenarkan anda untuk melaksanakan fotografi dengan pelbagai efek menarik, seperti mengaburkan latar belakang untuk gambar close-up.

    Galaxy A22 dilengkapi empat sensor kamera

    Kamera ultra-lebar membenarkan anda untuk memasukkan lebih banyak pemandangan dan subjek ke dalam gambar. Fungsi Ultra Wide Mode Suggestion juga boleh mengesan gambar yang sesuai secara automatik dan akan menasihati pengguna jika kamera ultra-lebar lebih elok digunakan dalam situasi tertentu.

    Untuk penggambaran malap pula, teknologi Tetra Binning yang digabungkan dengan OIS membenarkan Galaxy A22 untuk mengambil gambar yang sangat terang walaupun dalam suasana malap. Bagi mereka yang suka mengambil gambar swafoto, kamera hadapan 13MP dalam Galaxy A22 membolehkan anda untuk mengambil swafoto dengan latar belakang kabur, untuk gambar yang mirip seperti diambil oleh kamera sebenar.

    Ambil gambar yang cantik walaupun pada waktu malap

    Selain kamera mantap, Galaxy A22 turut dilengkapi skrin cantik iaitu Super AMOLED HD+ berukuran 6.4 inci yang boleh menjana gambar yang sangat berwarna-warni untun tontonan filem atau game. Ia turut menyokong kadar segar semula 90Hz yang membenarkan anda untuk menatal (scrolling) dengan lebih lancar berbanding kebanyakan telefon pada harga ini.

    Walaupun dengan spesifikasi canggih, Samsung tidak mengabaikan rekaan cantik untuk Galaxy A22. Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu mint, hitam dan violet, manakala reka bentuknya pula melengkung di sisi untuk genggaman yang lebih selesa.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, Galaxy A22 dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, RAM 6GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB melalui kad microSD. Spesifikasi ini adalah sempurna untuk melaksanakan kebanyakan tugas harian seperti melayari media sosial, membuat perniagaan dalam talian, menonton filem, bermain game atau merakam video. RAM setinggi 6GB juga bermakna anda boleh membuka banyak aplikasi serentak dan prestasi telefon masih boleh berjalan lancar.

    Satu lagi ciri istimewa Galaxy A22 adalah kapasiti baterinya yang besar seperti telefon andalan iaitu 5,000mAh, jadi ia mampu untuk bertahan selama sehari walaupun dengan penggunaan berat. Sewaktu mengecas pula, telefon ini menyokong kadar pengecasan pantas 15W jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mengecas baterinya sehingga penuh.

    Samsung Malaysia juga sedang menganjurkan promosi istimewa, di mana sebarang pembelian Samsung Galaxy A22 sebelum 31 Ogos 2021 akan menerima satu sarung lutsinar free soft clear cover (bernilai RM39) secara percuma.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy A22. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...