More

    Samsung Galaxy A24 dilancar di Malaysia: Skrin Super AMOLED 6.5″ dan kamera 50MP berharga RM999

    Samsung Malaysia Electronics melancarkan Galaxy A24 baharu di Malaysia dengan harga RM999. Pembelian dari sekarang hingga 31 Mei 2023 memberikan waranti lanjutan 1 Tahun percuma bernilai RM99 dan sarung kosong percuma bernilai RM79. Galaxy A24 juga dilengkapi dengan 4 generasi kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan

    Ia menampilkan paparan Super AMOLED berukuran 6.5 inci. Sekiranya anda di bawah cahaya terik, anda masih boleh melihat skrin dengan jelas kerana kecerahannya telah ditingkatkan kepada 200% lebih terang.

    Daripada segi kamera, ia membawa Penstabilan Imej Optik (OIS) dan Auto Fokus pada kamera utama 50MP, lensa ultra lebar 5MP dan lensa makro 2MP. Bahagian hadapannya pula dilengkapi dengan kamera swafoto 13MP.

    Kemudian, bateri telefon pintar ini mampu bertahan lebih daripada 2 hari dengan pengecasan pantas 25W memberikan anda main balik video sehingga 20 jam. Reka bentuknya rata dengan kemasan berkilat dan bercorak prisma. 

    Anda boleh memilih warna antara merah tua, hijau muda dan hitam bersama satu sahaja varian yang ditawarkan iaitu RAM 16GB  (RAM tambahan 8GB) dan storan 128GB. 

    Ketahui lebih lanjut mengenai kemas kini baharu di laman web Samsung di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured