More

    Samsung Galaxy A25 5G dilancar di Malaysia: RAM 8GB & storan 256GB pada RM1,299

    Harga jualan bagi peranti terbaru Samsung Galaxy A25 5G telah diumumkan oleh penjual tempatan terkemuka, DirectD. Pengguna kini berpeluang untuk memiliki peranti canggih ini dengan harga RM1,299 dilengkapi dengan kapasiti RAM 8GB dan storan 256GB.

    Pelbagai pilihan warna seperti biru hitam, biru dan kuning juga tersedia bagi para pengguna yang ingin menambah gaya peranti mereka. Berkenaan dengan spesifikasi dalaman, peranti ini menawarkan pengalaman visual yang memukau dengan skrin AMOLED 6.5 inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

    Ia dikuasakan oleh cipset Exynos 1280 yang dipadankan dengan bateri 5,000mAh memastikan peranti ini tidak hanya tahan lama. Ia juga boleh dicas melalui port USB-C dengan sokongan pengecasan 25W.

    Samsung Galaxy A25 5G turut dilengkapi dengan sistem kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP OIS + 8MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP. Selain itu, peranti ini menyediakan pengimbas cap jari di sisi untuk kebolehcapaian yang selamat dan selesa.

    Berikut merupakan spesifikasi ringkas Samsung Galaxy A25 5G:

    • Cipset Exynos 1280
    • RAM 8GB dan storan 256GB
    • Skrin AMOLED 6.5 inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
    • Kamera belakang: Kamera utama 50MP OIS + 8MP + 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 25W
    • Warna: Biru hitam, biru dan kuning
    • Harga: RM1,299

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured