More

    Samsung Galaxy A27 5G rasmi di Malaysia dengan SD 6 Gen 3, AI dan kemas kini sehingga 6 tahun bermula RM1,399

    Samsung secara rasmi mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy A27 5G untuk pasaran Malaysia. Peranti dijana cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 yang dipadankan dengan pilihan memori RAM 6GB atau 8GB serta storan dalaman 128GB atau 256GB. Pengguna juga boleh menambah storan sehingga 2TB melalui slot kad mikroSD.

    Samsung meneruskan penawaran ciri AI pada peranti kelas pertengahan ini termasuk Circle to Search serta sokongan pembantu AI seperti Gemini dan Perplexity bagi memudahkan carian serta tugasan harian. Untuk paparan, Galaxy A27 5G menggunakan skrin 6.7-inci FHD+ Super AMOLED Infinity-O dengan kadar segar semula 120Hz.

    Rekaan peranti juga kini lebih nipis pada ketebalan 7.8mm dan dilindungi oleh Gorilla Glass Victus+ untuk ketahanan tambahan. Selain itu, ia dilengkapi kamera utama 50MP dengan OIS, ultra lebar 5MP dan makro 2MP manakala bahagian hadapan menggunakan kamera swafoto 12MP. Peranti ini turut membawa bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W serta menjalankan Android 16 bersama One UI 8.5.

    Ciri lain yang disertakan termasuk perlindungan Samsung Knox Vault dan penarafan IP64 untuk rintangan air dan habuk. Menariknya, Samsung menjanjikan sehingga enam generasi kemas kini Android OS dan One UI bersama enam tahun kemas kini keselamatan iaitu satu tempoh yang masih jarang ditawarkan dalam segmen ini.

    Galaxy A27 5G hadir dalam pilihan warna Black, Dark Blue dan Light Pink dengan harga bermula RM1,399. Bersempena pelancaran, pelanggan yang memilih promosi Double Storage Upgrade boleh menikmati potongan sehingga RM100 serta menerima sarung telefon percuma selagi stok masih ada.

    Samsung turut menawarkan promosi “Buy More, Save More” dengan diskaun 10% untuk beberapa peranti Galaxy terpilih seperti Galaxy Buds4, Galaxy Buds3 FE, Galaxy Fit3 dan siri Galaxy Tab A11 apabila dibeli bersama Galaxy A27 5G. Adakah spesifikasi yang ditawarkan Galaxy A27 5G cukup menarik untuk segmen pertengahan?

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...