More

    Samsung Galaxy A51 kini dijual dengan RAM yang lebih besar

    Siri telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A mendapat sambutan yang menggalakkan di Malaysia dan kini salah satu daripada telefon siri itu mendapat penaik tarafan RAM. Galaxy A51 yang dilancarkan pada bulan Februari pada asalnya dilengkapi RAM 6GB namun kini ia akan dijual dengan RAM 8GB.

    Anda hanya perlu membayar RM100 untuk mendapatkan naik taraf tersebut. Selain RAM 8GB, Galaxy A51 dilengkapi cipset Exynos 9611, storan dalama 128GB, skrin Super AMOLED 6.5 inci dan bateri 4,000mAh.

    Daripada segi kamera, ia mempunyai empat kamera yang merangkumi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 5MP. Daripada segi kamera hadapan, ia mempunyai kamera selfie 32MP. Anda boleh baca ulasan Galaxy A51 kami di TechNave English.

    Adakah anda berminat untuk mendapatkan Galaxy A51 dengan naik taraf RAM ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...