More

    Samsung Galaxy A51 varian 256GB kini di Malaysia, tanpa perubahan harga RM1,399

    Dalam siri A peranti Samsung, Samsung Galaxy A51 ialah salah satu peranti yang popular. Selain spesifikasi yang baik, Samsung Galaxy A51 varian storan 256GB kini hadir di Malaysia. Varian baharu ini ditawarkan dengan harga yang sama dengan varian standard 128GB iaitu RM1,399 sahaja.

    Sepintas lalu, Galaxy A51 hadir dengan cipset Exynos 9611, RAM 8GB, storan 128GB/256GB, paparan Super AMOLED FHD+ Infinity-O 6.5 inci, bateri 4000mAh dan sokongan pengecasan pantas 15W. Tetapan kameranya pula dihuni kamera utama 48MP + 12MP (ultra lebar) + 5MP (kedalaman) + 5MP (makro) dankamera swafoto 32MP.

    Jika anda ingin menambah storan untuk varian baharu 256GB, anda boleh menggunakan microSD dengan sokongan sehingga 512GB.

    Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy A51 storan 256GB bermula 6 November 2020 dalam pilihan warna Prism Cruch Black, Prism Crush Blue dan Haze Crush Silver.

    Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured