More

    Samsung Galaxy A52 5G muncul di Geekbench, dilengkapi Snapdragon 750G 5G

    Samsung dijangka bakal melancarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahan yang hadir dengan sokongan 5G iaitu Galaxy A52 5G. Telefon ini adalah pengganti kepada telefon Galaxy A51 yang telah dilancarkan pada hujung tahun lepas.

    Terbaru, Samsung Galaxy A52 5G ini telah muncul di aplikasi ujian Geekbench 5 dengan nombor model SM-A526B. Peranti ini mendapat markah 298 untuk ujian teras tunggal manakala 1001 untuk teras pelbagai.

    Berdasarkan Geekbench, Samsung Galaxy A52 5G ini dilengkapi RAM 6GB dan beroperasi dengan perisian Android 11. Peranti ini juga menggunakan cipset Qualcomm dengan lapan teras 1.8Ghz .

    Jika dilihat pada kod sumbernya, ia menunjukkan kehadiran GPU Adreno 619. Ini berkemungkinan besar merujuk kepada cipset Snapdragon 750G 5G. Spesifikasi lain telefon ini masih lagi tidak diketahui.

    Samsung Galaxy A51 yang lalu adalah antara telefon Android terlaris di dunia pada separa pertama tahun 2020. Adakah Galaxy A52 akan menjadi kegemaran pengguna di seluruh dunia juga? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured