More

    Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72 tampilkan skrin “flagship” pada harga mampu milik

    Sering kali, skrin telefon pintar yang cantik dengan kadar segar semula (refresh rate) pantas hanya dikhaskan untuk telefon kelas andalan (flagship), dijual pada harga yang sangat mahal. Walau bagaimanapun, kini anda tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan skrin telefon bermutu tinggi kerana Samsung Galaxy A52 dan Samsung Galaxy A72 menampilkan skrin yang sangat cantik namun dijual pada harga yang jauh lebih murah daripada telefon andalan.

    Galaxy A52 dan Galaxy A72 mempunyai skrin dengan kadar segar semula 90Hz. Kadar segar semula merujuk kepada berapa kali imej boleh berubah atau ‘disegar semula’ (refreshes) pada skrin telefon dalam tempoh satu saat. 90Hz bermaksud skrin ini mampu untuk mengubah imej 90 kali dalam satu saat dan ini membuatkan pengalaman meleret pada skrin sangat pantas dan lebih sedap mata memandang.

    Galaxy A52 dan Galaxy A72 menampilkan skrin bermutu tinggi pada harga yang lebih murah berbanding telefon andalan

    Ini bermaksud setiap kali anda meleret ke bawah sewaktu melayari media sosial atau membaca laman web, anda boleh mengalami penggunaan yang sangat lancar kerana skrin boleh mengubahkan imej yang dipaparkan pada kadar yang tinggi.

    Selain itu, skrin 90Hz juga akan mendatangkan manfaat yang besar sewaktu gaming kerana ia membenarkan anda untuk bertindak balas dengan lebih pantas berbanding musuh yang mempunyai skrin dengan kadar segar semula lebih rendah. Fungsi ini sebenarnya memang ditekankan oleh penggiat e-sukan professional kerana kadar skrin yang lebih pantas akan mendatangkan lebih banyak kelebihan.

    Jika anda bukan gamer yang kompetitif sekali pun, game yang dimain secara berseorangan akan nampak jauh lebih lancar pada skrin 90Hz, membuatkan pengalaman gaming anda lebih seronok.

    Galaxy A52 dan Galaxy A72 boleh menghasilkan imej yang sangat berwarna

    Selain kadar pantas, skrin Galaxy A52 dan Galaxy A72 juga dilengkapi teknologi Super AMOLED yang boleh menghasilkan warna terang dan pekat dalam resolusi Full HD+ (1080×2400). 

    Ia juga mempunyai nisbah kontras (contrast ratio) yang tinggi sebanyak 1,000,000:1. Ini bermasuk sebarang perbezaan di antara warna terang dan gelap akan nampak lebih ketara, membuatkan imej yang dipaparkan nampak lebih berwarna-warni.

    Walaupun sekadar 90Hz, teknologi skrin AMOLED ini membuatkannya nampak sama dengan skrin sepantas 120Hz. Badan pengiktirafan dari Switzerland, Societe Generale de Surveillance (SGS), telah mengesahkan bahawa leretan imej (image drag) dalam skrin AMOLED 90Hz adalah sependek 0.7mm hingga 0.9mm dengan masa tindak balas MPRT (moving picture response time) sepantas 14 milisaat, membuatkannya setaraf dengan skrin 120Hz LCD. Atas teknologi ini, skrin AMOLED 90Hz telah disahkan sebagai Seamless (Lancar) oleh SGS.

    Jika anda ingin menggunakan skrin telefon ini di bawah cahaya terang pun tiada masalah kerana ia mempunyai kadar nits sebanyak 800nit yang menjanjikan keterangan (brightness) cukup walaupun di bawah matahari terik. Malah, ini merupakan keterangan tertinggi dalam sejarah Galaxy A dan akan memudahkan anda untuk menggunakan skrin ini di mana sahaja.

    Skrin bertaraf andalan ini boleh didapati dalam Galaxy A52 yang dijual pada harga RM1,499 manakala Galaxy A72 pula dijual pada harga RM1,899. Pelanggan yang membeli mana-mana telefon ini sebelum 30 April 2021 bakal menerima sarung Clear Standing Cover (bernilai RM109) secara percuma.

    Samsung Malaysia juga mengadakan tawaran khas untuk pelanggan yang ingin menukarkan telefon lama mereka kepada Galaxy A52 atau Galaxy A72, di mana mereka boleh mendapatkan tambahan RM100 di atas nilai pertukaran (trade-in value) telefon lama. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi Galaxy A52 dan Galaxy A72.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana di antara dua peranti menarik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...