More

    Samsung Galaxy A52, Galaxy A72 bakal hadir dengan skrin Super AMOLED hingga 120Hz

    Spesifikasi skrin dengan kadar segar semula tinggi bukanlah perkara biasa, tetapi jika peranti kelas pertengahan memiliki kadar segar semula tinggi, ia adalah penawaran yang baik. Terkini, Samsung Galaxy A52 dan Galaxy A72 bakal dilengkapi kadar segar semula setinggi 120Hz.

    Seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini, terdapat dua varian untuk Galaxy A52 iaitu versi 5G dan versi LTE yang akan dipasarkan mengikut negara tertentu (Malaysia mungkin menerima LTE jika berdasarkan penerimaan peranti Galaxy A51 LTE tahun lepas). Galaxy A52 dan Galaxy A72 versi LTE dilapor memiliki skrin Super AMOLED 90Hz.

    Oleh kerana Samsung Galaxy A52 5G dilapor bakal dilengkapi cipset Snapdragon 750G, maka ia didakwa hadir dengan skrin 6.5 inci FHD+ Super AMOLED 120Hz.

    Sepintas lalu, Galaxy A52 4G/LTE yang mungkin hadir di Malaysia didakwa dilengkapi Snapdragon 720G, RAM 8GB, storan 128GB, skrin Super AMOLED 6.5 inci, bateri 4,500mAh, kamera kuad 64MP dan kamera swafoto 32MP. Ia turut dijangka tiba dengan pilihan warna Awesome Black, Awesome White, Awesome Violet dan Awesome Blue. Namun, perlu diingatkan bahawa beberapa spesifikasi sebenar mungkin berbeza kerana maklumat ini adalah dari sumber tidak rasmi.

    Adakah anda berminat dengan Galaxy A52 atau Galaxy A72? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured