More

    Samsung Galaxy A52s 5G dilancar: SD 778G, Super AMOLED 6.5″, cas pantas 25W bermula ~RM2,390

    Samsung telah melancarkan telefon terbaru dalam siri Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A52s 5G yang menampilkan penambahbaikan daripada Galaxy A52 asal. Antara perbezaan utama berbanding varian asal adalah Galaxy A52s 5G dilengkapi cipset Snapdragon 778G, sebauh cipset 6nm yang menawarkan prestasi lebih pantas berbanding Snapdragon 750G dalam Galaxy A52.

    Selain itu, Galaxy A52s 5G menyokong kadar pengecasan pantas 25W dan kotaknya akan disertakan bersama pengecas 25W. Galaxy A52 asal juga menyokong pengecasan 25W, namun ia hanya dipasarkan bersama pengecas 15W sahaja.

    Selain dua perbezaan di atas, Galaxy A52s 5G mempunyai spesifikasi yang serupa dengan Galaxy A52. Ia dilengkapi skrin Super AMOLED 120Hz berukuran 6.5 inci dengan resolusi Full HD+, bateri 4,500mAh, RAM 6GB atau 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB dan rating kalis air IP67.

    Kamera dalam Galaxy A52s 5G juga sama dengan Galaxy A52, iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 5MP. Telefon ini akan ditawarkan dalam warna pudina (mint), ungu (violet), putih dan hitam.

    Galaxy A52s 5G dijual di pasaran United Kingdom pada harga bermula GBP410 (~RM2,390). Setakat ini masih tiada maklumat tentang kehadirannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A52s 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung UK

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured