More

    Samsung Galaxy A53 5G dalam pensijilan NBTC dan FCC, pelancaran tidak lama lagi

    Kini, terdapat laporan yang mendakwa beberapa telefon pintar siri A baharu seperti Samsung Galaxy A73 dan Samsung Galaxy A53 yang berkemungkinan akan dilancarkan secara rasmi pada hujung bulan ini atau pada bulan Mac di beberapa pasaran. Menjelang jangkaan pelancaran, Galaxy A53 kini telah dikesan di platform pensijilan NBTC (The National Broadcasting and Telecommunications Commission) dan FCC (Federal Communications Commission).

    Samsung Galaxy A53 5G dengan nombor model SM-A536E/DS (dwi SIM) telah dikesan dalam pensijilan NBTC manakala varian SM-A536E/DS dan SM-A536E (SIM tunggal) telah muncul di FCC. Penyenaraian FCC mendedahkan bahawa peranti mungkin tersedia dengan pengecas 25W. Ia juga mendedahkan bahawa peranti itu dilengkapi dengan ciri sambungan seperti 5G, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth dan NFC.

    Selain itu, Galaxy A53 5G telah dikesan pada pensijilan Bluetooth SIG minggu lepas dan pensijilan TENAA China bulan lepas yang mendedahkan beberapa spesifikasinya.

    Galaxy A53 5G mempunyai paparan AMOLED 6.46 inci yang menawarkan resolusi FHD+ yang mungkin membawa kadar penyegaran semula yang tinggi. Ia dijangka membawa cipset Exynos 1200 serta menampilkan RAM 8GB dan storan 128GB / 256 GB seperti yang ditunjukkan dalam pangkalan data TENAA.

    Berkemungkinan juga, peranti ini mempunyai bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W, dijalankan pada OS Android 12 dan One UI 4.x yang terkini, kamera hadapan 32MP dan empat kamera 64MP + 12MP + 5MP + 5MP di bahagian belakang.

    Telefon bimbit itu dijangka tiba dalam konfigurasi RAM 6GB + storan 128 GB dan RAM 6GB + storan 256 GB datang warna hitam, putih, biru dan oren di beberapa pasaran. Ketibaannya di Malaysia masih tidak diketahui. Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured