More

    Samsung Galaxy A54 mungkin akan menawarkan cas pantas 25W, kapasiti bateri 5,000mAh

    Samsung dikhabar bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A54 tidak lama lagi, namun apa yang pasti adalah ia baru sahaja mendapat pengiktirafan daripada badan pengiktirafan Federal Communications Commission (FCC) di Amerika Syarikat.

    Galaxy A54 akan mempunyai nombor model SM-A546E dan FCC turut menunjukkan butiran bateri dan kadar pengecasan untuk telefon tersebut. Menurutnya, Galaxy A54 bakal mempunyai bateri berkapasiti 4,905mAh dan kadar pengecasan pantas 25W.

    Ini berdasarkan maklumat FCC yang mengatakan Galaxy A54 boleh dicas menggunakan pengecas Samsung EP-TA800 iaitu sebuah pengecas yang menyediakan kadar 25W melalui port USB-C. Memandangkan Samsung tidak menyertakan pengecas dalam pembungkusan Galaxy A53 sebelum ini, kita boleh jangkakan perkara yang sama untuk Galaxy A54 kelak.

    Untuk bateri pula, ia mempunyai bateri dengan nombor model EB-BA546BY yang mempunyai kapasiti 4,905mAh. Oleh yang demikian, Samsung mungkin akan mengiklankannya sebagai bateri 5,000mAh untuk Galaxy A54.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy A54 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Smart Price

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured