More

    Samsung Galaxy A72 4G dapat pengiktirafan agensi India, mungkin dilancar dalam masa terdekat

    Samsung nampaknya sudah bersedia untuk melancarkan telefon-telefon pertama untuk tahun 2021 dan telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A72 mungkin adalah salah satu daripada telefon tersebut. Terbaru, Galaxy A72 telah mendapat pengiktirafan daripada Biro Piawaian India (BIS).

    Telefon Samsung dengan nombor model SM-A72SF/DS telah mendapat pengiktirafan BIS dan ini mungkin adalah nombor untuk Galaxy A72 4G. Varian 5G yang mempunyai nombor model SM-A726B pula tidak kelihatan dalam senarai pengiktirafan BIS.

    Spesifikasi Galaxy A72 yang telah terbocor mengatakan ia mungkin akan dilengkapi skrin 6.7 inci, empat kamera termasuk kamera utama 64MP, permukaan belakang Glasstic, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari dalam skrin.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy A72 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured