More

    Samsung Galaxy A72 5G dapat kelulusan FCC, pengecasan pantas 25W sah

    Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A72 5G kini mendapat lebih banyak pengiktirafan daripaga agensi negara, menandakan pelancarannya yang semakin hampir. Terbaru, telefon tersebut sudah pun mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (Federal Communications Commission, FCC) Amerika Syarikat dan mengesahkan beberapa spesifikasi.

    Telefon dengan nombor model SM-A725M telah dikesan dalam pangkalan data FCC di mana ia akan dilengkapi pengecasan pantas 9V 2.77A, atau 25W. Sebelum ini, pengecasan tersebut juga telah disahkan oleh badan pengiktirafan elektronik TÜV Rheinland Japan dan agensi Biro Piawaian India (BIS).

    Galaxy A72 dijangka akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7 inci serta cipset Snapdragon 720G untuk varian 4G. Berdasarkan imej yang telah tertiris dan gambar acuannya sebelum ini, Galaxy A72 akan dilengkapi empat kamera di belakang termasuk kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 5MP.

    Galaxy A71 merupakan antara telefon Samsung yang paling laris pada 2020, jadi pasti ramai yang menantikan kehadiran Galaxy A72 pada tahun ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: FCC

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured