More

    Samsung Galaxy A77 dikesan di Geekbench, dijangka akan dilancar tidak lama lagi

    Samsung dilihat bersedia menghidupkan semula siri Galaxy A7x yang telah lama senyap dengan kemunculan Galaxy A77 iaitu model pertama sejak pelancaran Galaxy A73 pada tahun 2022. Perkara ini mulai jelas selepas prototaip A77 ditemui dalam pangkalan data Geekbench memaparkan RAM 8GB, Android 16 dan cip baharu yang kelihatan seperti sebahagian daripada keluarga Exynos 2400.

    Walaupun susun atur CPU mirip Exynos 2400 dan 2400e, kelajuan jam yang lebih rendah menunjukkan ia adalah varian yang lebih sederhana. Menurut maklumat daripada penanda aras tersebut, cip ini menggunakan konfigurasi deca-core dengan tiga teras Prime sehingga 2.78GHz, tiga teras Performance sehingga 2.3GHz dan empat teras Efficiency sehingga 1.82GHz.

    Gabungan ini jelas meletakkan A77 dalam kategori pertengahan-atas yang cukup berkuasa untuk rasa premium, tetapi tidak sampai tahap peranti andalan. Ada kemungkinan Samsung menggunakan cip Exynos 2400 yang rendah bagi mengukuhkan barisan telefon kelas pertengahan mereka.

    Setakat ini, tiada spesifikasi lain mengenai Galaxy A77 yang didedahkan. Namun, masa kemunculan penanda aras ini bertepatan dengan kemunculan Galaxy A57 di Geekbench, memberi petanda bahawa kedua-dua model mungkin dilancarkan bersama. Jika Samsung mengekalkan jadual biasa mereka, pengumuman sekitar bulan Mac adalah berkemungkinan dengan lebih banyak maklumat dan kebocoran dijangka muncul menjelang tarikh pelancaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured