More

    Samsung Galaxy A82 dikesan dalam Google Play Console, mungkin dilengkapi Snapdragon 855+

    Seorang pengkhabar berita teknologi di Twitter telah mendedahkan spesifikasi asas untuk telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A82 yang telah disenaraikan dalam Google Play Console. Mukul Sharma telah memuat naik tangkapan skrin (screenshot) untuk penyenaraian tersebut bersama gambar skrin hadapan telefon itu dalam Twitter.

    Menurut tangkapan skrin itu, ia akan dilengkapi RAM 6GB, sistem operasi Android 11, skrin Full HD+ dengan ketumpatan piksel 450 titik per inci dan cipset Snapdragon 855+. Skrin untuk Galaxy A82 pula bakal mempunyai lubang punch hole yang berada di bahagian tengah atas untuk kamera swafoto.

    Malang sekali gambar bahagian belakang peranti tersebut tidak dikongsi, kerana perkara menarik yang sering dikatakan untuk Galaxy A82 adalah modul kameranya yang boleh berputar ke hadapan untuk mengambil gambar swafoto. Memandangkan gambar skrin Galaxy A82 yang dikongsi oleh Mukul mempunyai kamera swafoto seperti Galaxy A72, mungkin Galaxy A82 tidak akan mempunyai kamera berputar seperti yang dikhabarkan.

    Perlu diingati bahawa ini bukanlah berita rasmi daripada Samsung jadi gambar sebenar Galaxy A82 mungkin berlainan daripada yang dikongsi oleh Mukul. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured