More

    Samsung Galaxy Buds+ muncul dalam Apple App Store

    Terkini, pembocoran secara tidak sengaja telah berlaku melalui App Store milik Apple terhadap Samsung Galaxy Buds+. Kemunculan awal peranti ini sebelum acara Samsung Unpacked pada minggu hadapan sedikit sebanyak memberi bayangan kepada peminat Galaxy Buds.

    Sumber melaporkan iTunes telah menyenaraikan aplikasi Galaxy Buds+ yang boleh dimuat turun oleh pengguna iOS. Aplikasi Galaxy Buds+ ini sebenarnya membenarkan pengguna mengubah suai bunyi, menyemak jangka hayat bateri dan memuat turun kemas kini untuk peranti itu.

    Sepintas lalu, Galaxy Buds+ baru ini dikatakan hadir dengan peningkatan pengasingan dan pembatalan hingar untuk panggilan telefon. Galaxy Buds+ bakal dilancarkan bersama keluarga Samsung Galaxy S20, Galaxy Z Flip dan lain-lain melalui acara Unpacked pada minggu hadapan.

    Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk liputan penuh acara Galaxy Unpacked 2020. Adakah anda berminat untuk menyambar Galaxy Buds+ ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured