More

    Samsung Galaxy F22 dilancar: Helio G80, skrin 90Hz, bateri 6,000mAh bermula ~RM700

    Samsung telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu Samsung Galaxy F22 di India. Ia merupakan telefon Galaxy F keempat yang dilancar pada tahun ini selepas Galaxy F02s, Galaxy F12 dan Galaxy F62.

    Galaxy F22 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.4 inci, resolusi 1600×720 dan kadar segar semula 90Hz. Daripada segi spesifikasi dalaman pula, ia dilengkapi cipset Helio G80, perisian One UI 3.1 berdasarkan Android 11, pilihan RAM 4GB atau 6GB serta storan dalaman 64GB atau 128GB.

    Satu ciri menarik pada telefon ini adalah bateri besar 6,000mAh yang boleh dicas dengan pengecasan 15W. Ia turut dilengkapi fungsi yang selalu terdapat dalam telefon kategori ini, seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi dan port USB-C.

    Untuk kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 13MP yang berada di takuk (notch) atas skrin. Galaxy F22 ditawarkan dalam dua warna iaitu biru Denim Blue dan hitam Denim Black.

    Ia akan dijual dalam dua varian memori iaitu 4GB+64GB berharga INR12,499 (~RM700) dan 6GB+128GB berharga INR14,499 (~RM810). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured