More

    Samsung Galaxy F23 5G tersenarai di Geekbench, dilengkapi Snapdragon 750G

    Siri Samsung Galaxy F terkenal dengan tumpuannya pada kamera dan eksklusif untuk pasaran terpilih. Sebenarnya, tidak banyak peranti asal yang datang dalam siri ini. Kebanyakannya adalah penjenamaan semula telefon pintar siri Galaxy A atau M sedia ada.

    Kini, nampaknya Samsung sedang mengusahakan penjenamaan semula baharu untuk keluaran tahun 2022. Telefon pintar baharu akan tiba dengan nama Galaxy F23 5G dan telah disenaraikan oleh penanda aras Geekbench. Galaxy F23 membawa nombor model SM-E236B.

    Telefon bimbit itu menjalankan ujian penanda aras Geekbench yang membawa cipset Qualcomm Snapdragon 750G. Untuk pengetahuan, cipset ini ialah cip 5G yang lebih menjimatkan kos untuk siri Snapdragon 700. Cipset ini juga digunakan pada telefon pintar Galaxy A52 5G dan OnePlus Nord CE.

    Galaxy F23 5G telah diuji menggunakan piawaian Geekbench 5. Peranti itu memperoleh 640 mata dalam ujian teras tunggal dan 1,820 mata dalam ujian berbilang teras. Penyenaraian itu juga mengesahkan kehadiran cipset Qualcomm Snapdragon Octa-Core dengan nama kod ‘lito’.

    Geekbench mengesahkan telefon ini hadir dengan RAM 6GB, tetapi kami juga boleh menjangkakan terdapat variasi RAM yang lain. Selain itu, cipset ini didatangkan dengan GPU Adreno 619. Menariknya, ia menggunakan paparan antara muka One UI 4 dan beroperasi di atas Android 12.

    Ini adalah kali pertama Galaxy F23 5G muncul dalam talian. Namun, kami menjangkakan lebih banyak butiran akan muncul dalam beberapa minggu akan datang mengenai tarikh pelancarannya dan spesifikasi telefon tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...