More

    Samsung Galaxy F62 dilancar: Exynos 9825, bateri 7,000mAh, empat kamera 64MP bermula ~RM1,333

    Samsung hari ini telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy F62 di India, di mana ia merupakan telefon terbaru yang dilengkapi cipset Exynos 9825. Selain itu, ciri menarik yang terdapat dalam telefon ini adalah bateri besar 7,000mAh yang pasti boleh melepasi penggunaan satu hari.

    Galaxy F62 dilengkapi skrin sAMOLED+ Infinity-O berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+. Untuk kamera pula, ia mempunyai empat kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera makro 5MP dan sensor kedalaman 5MP. Kamera hadapan pula adalah kamera 32MP yang berada dalam lubang punch hole di bahagian tengah.

    Telefon ini boleh merakam video 4K menggunakan kamera belakang dan swafoto. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi fotografi Single Take yang terdapat dalam Galaxy S21, di mana kameranya akan mengambil beberapa gambar dengan pelbagai efek unik selepas butang shutter ditekan.

    Galaxy F62 akan mula dijual di pasaran India bermula 22 Februari dengan harga INR23,999 (~RM1,333) untuk varian 6GB+128GB dan INR25,999 (~RM1,444) untuk varian 8GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured