Nampaknya telefon pintar lipat Samsung yang ketiga, Galaxy Fold 2, dijangkakan akan dilancar pada lewat tahun ini bersama Galaxy Note 20. Seperti biasa, maklumat tentang telefon lipat itu sudah pun berkeliaran dalam internet.
Menurut CEO Display Supply Chain Consultants, Ross Young, skrin Galaxy Fold 2 berukuran 7.59 inci apabila dibuka, mempunyai resolusi 2213 x 1689 dan kadar segar semula 120Hz. Memandangkan 120Hz sudah pun diperkenalkan dalam siri Galaxy S20, jadi tidak hairan jika ia terdpat juga dalam Fold 2. Skrin hadapannya apabila ia dilipat pula berukuran 6.23 inci dengan resolusi 2267 x 819 dan kadar segar semula 60Hz.
Skrin lipatnya akan dibuat daripada Ultra-Thin Glass, gelas sama yang terdapat pada Galaxy Z Flip. Ia juga akan hadir dengan S-Pen seperti dalam siri Galaxy Note. Daripada segi kamera hadapan, ia akan diletakkan dalam sebuah lubang punch-hole.
Pada Februari lalu, maklumat awal tentang Fold 2 juga menyatakan saiz skrin yang serupa, jadi adakah ini maklumat yang benar? Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Diterjemahkan daripada TechNave English






