More

    Samsung Galaxy M22 dikesan dalam laman web Samsung Malaysia, mungkin dilancar kelak

    Telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy M22 kini telah mempunyai laman web sokongan (support website) dalam laman web rasmi Samsung Malaysia, menandakan pelancarannya yang semakin hampir.

    Laman web tersebut menunjukkan nombor model SM-M225FV/DS, di mana DS bermaksud sokongan “dual SIM” atau dwi-kad SIM. Sebelum ini, ia telah pun dikesan dalam laman penanda aras Geekbench dengan nombor model yang sama, di mana ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, RAM 4GB dan sistem operasi Android 11.

    Laman tersebut tidak menyenaraikan spesifikasi lanjut untuk Galaxy M22. Khabar angin sebelum ini menyatakan ia mungkin akan dilengkapi skrin Super AMOLED HD+ berukuran 6.4 inci dengan kadar 90Hz, kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP, kamera swafoto 13MP dan pengecasan 25W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M22 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured