More

    Samsung Galaxy M32 5G dilancar: Dimensity 720, kamera kuad 48MP, bateri 5,000mAh bermula ~RM1,190

    Samsung telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru di India iaitu Samsung Galaxy M32 5G. Ia mempunyai banyak perbezaan berbanding Samsung Galaxy M32 daripada segi rekaan luaran dan spesifikasi dalaman.

    Telefon ini boleh disambungkan kepada dua belas band 5G (N1, N3, N5, N7, N8, N20, N28, N38, N40, N41, N66 dan N78) untuk hubungan yang kukuh dan stabil. Untuk tujuan keselamatan, Galaxy M32 5G turut dilengkapi perisian Samsung Knox yang boleh menjaga data peribadi pengguna.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy M32 5G:

    • Skrin Infinity-V HD+ berukuran 6.5 inci
    • Cipset MediaTek Dimensity 720 5G
    • RAM 6GB atau 8GB
    • Storan dalaman 128GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 5MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan 15W
    • Perisian One UI 3.1 berdasarkan Android 11, lengkap Samsung Knox
    • Ukuran 164.2 x 76.1 x 9.1mm, berat 205g
    • Pilihan warna hitam Slate Black dan biru Sky Blue
    • Harga:
      • 6GB+128GB: INR20,999 (~RM1,190)
      • 8GB+128GB: INR22,999 (~RM1,300)

    Secara keseluruhan, Galaxy M32 5G menawarkan spesifikasi menarik untuk harga ini. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung India

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured