More

    Samsung Galaxy M32 dikesan di Geekbench, mungkin hadir dengan cipset Helio G80!

    Samsung telah melancarkan beberapa model baru dari siri Galaxy A mereka pada bulan lalu. Kini, mereka pula dikhabarkan akan melancarkan model baru dari siri Galaxy M. Terbaru, sebuah peranti dari siri tersebut telah dikesan di laman web penanda aras Geekbench.

    Berdasarkan sumber, sebuah telefon Samsung dengan nombor model SM-M325FV telah dikesan di laman web penanda aras Geekbench. Nombor model peranti ini berkemungkinan besar merujuk kepada Samsung Galaxy M32 dan ianya dilengkapi cipset ARM MT6769V/CT (Mediatek Helio G80) bersama RAM 6GB.

    Untuk spesifikasi lain, Galaxy M32 dikhabarkan akan hadir dengan skrin 6.4 inci 90Hz dan kamera utama 64MP. Sebelum ini, peranti ini telah dikesan dengan bateri 6,000mAh.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...