More

    Samsung Galaxy M42 5G dilancar : Cipset Snapdragon 750G, kamera 48MP, harga bermula ~RM1,102

    Terbaru, Samsung telah melancarkan peranti kelas pertengahan Galaxy M42 5G di India. Ia adalah telefon pertama dari siri M yang menyokong jaringan 5G. Dari segi spesifikasi dan reka bentuk, ianya hampir sama dengan Galaxy A42 5G yang telah dilancarkan November tahun lalu.

    Galaxy M42 5G hadir dengan beberapa spesifikasi menarik seperti skrin AMOLED, cipset Snapdragon 750G 5G dan lain-lain. Berikut adalah spesifikasi penuh Galaxy M42 5G.

    • Skrin AMOLED 6.6 inci resolusi HD+ (720 x 1600 piksel), nisbah aspek 20:9
    • Cipset Snapdragon 750G 5G, GPU Adreno 619
    • RAM 8GB + storan 128GB, sokong storan tambahan melalui microSD
    • Kamera swafoto 20MP
    • Kamera utama 48MP f/1.8 + kamera ultra lebar 8MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 15W melalui port USB-C
    • Sokong slot dua SIM, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm
    • Samsung Pay, Samsung Knox
    • Antara muka OneUI 3.1 atas perisian Android 11
    Galaxy M42 5G

    Galaxy M42 5G ditawarkan dengan dua warna iaitu Prism Dot Black (hitam) dan Prism Dot Grey (kelabu). Ia dijual pada tanda harga bermula Rs 19,999 (~RM1,102).

    Buat masa ini, tiada lagi berita rasmi mengenai kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia.

    Adakah anda meminati peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...