More

    Samsung Galaxy M47 5G tiba dengan skrin AMOLED 120Hz, kamera 50MP OIS dan bateri 6,000mAh berharga ~RM989

    Samsung secara rasmi telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaharu iaitu Samsung Galaxy M47 5G. Ia hadir dengan beberapa peningkatan menarik termasuk bateri besar, paparan AMOLED kadar segar semula tinggi serta tempoh sokongan perisian yang agak panjang untuk kategori pertengahan.

    Galaxy M47 5G dilengkapi skrin 6.7 inci FHD+ Super AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan puncak sehingga 1400 nits. Untuk perlindungan tambahan, Samsung turut menggunakan Corning Gorilla Glass Victus+ pada bahagian hadapan. Untuk prestasi pula, telefon ini dijana cip Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 berasaskan proses 4nm.

    Ia dipadankan dengan pilihan RAM LPDDR5X sehingga 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB serta storan kad microSD sehingga 2TB. Galaxy M47 5G menjalankan One UI 8.5 dengan enam generasi kemas kini Android serta enam tahun kemas kini keselamatan. Beberapa fungsi AI juga hadir termasuk Circle to Search dan Gemini selain ciri keselamatan Samsung Knox Vault serta fungsi mel suara yang diproses secara terus pada peranti.

    Galaxy M47 5G menggunakan tetapan kamera utama 50MP dengan OIS, ultra lebar 8MP dan makro 2MP serta kamera swafoto 12MP dan kedua-dua kamera menyokong rakaman video sehingga 4K. Baterinya pula berkapasiti 6000mAh bersama sokongan pengecasan berwayar 45W. Turut disediakan ialah fungsi bypass charging.

    Samsung Galaxy M47 5G ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Rogue Red dan Blaze Blue. Untuk harga, ia ditawarkan pada harga Rs. 22,999 (~RM989). Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan rasmi untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured