More

    Samsung Galaxy M52 5G bakal dilancar, dapat pengesahan Bluetooth SIG

    Samsung Galaxy M52 5G telah mendapat pengesahan daripada Bluetooth SIG dan bakal dilancarkan tidak lama lagi. Peranti in telah muncul di laman sesawang Bluetooth SIG dengan dua nombor model iaitu M526B_DS dan SM-M526BR_DS yang mana ‘DS’ menunjukkan model ini memiliki ciri dwi-SIM.

    Pengesahan ini hanya menunjukkan ianya hadir dengan sambungan bluetooth 5.0. Namun, sebelum ini telah tertiris beberapa spesifikasi iaitu ia mungkin dilengkapi Snapdragon 778G, panel skrin FHD+ Super AMOLED 6.7 inci, RAM 6GB/8GB, storan dalaman 128GB, kapasiti bateri 5,000mAh dan paparan antara muka One UI 3.1 beroperasi atas Android 11.

    Ia juga hadir dengan sistem keselamatan Knox 3.7 dan palam pengecas 15W. Selain itu, bahagian belakangnya akan dilengkapi kamera utama 64MP, ultra-lebar 12MP, sensor kedalaman 5MP dan mungkin juga mempunyai sensor makro 5MP seperti yang tertiris dalam khabar angin sebelum ini.

    Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto dengan resolusi 32MP. Dengan hadirnya beberapa pengesahan ini, kami percaya bahawa ianya akan dilancarkan kelak. Apa-apa pun kita tunggu maklumat rasmi daripada pihak Samsung.

    Adakah anda meminati peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...