More

    Samsung Galaxy M52 5G dilancar: Miliki SD 778G dan AMOLED Plus 120Hz 6.7” mungkin berharga ~RM1,860

    Selepas tertiris beberapa berita sebelum ini, Samsung akhirnya melancarkan Samsung Galaxy M52 5G. Ianya merupakan salah sebuah telefon dalam segmen kelas pertengahan. Mari kita sama-sama lihat apakah keistimewaan yang terdapat pada telefon ini.

    Galaxy M25 5G dilengkapi cipset Snapdragon 778G, teras ARM Cortex-A78, grafik Adreno 642L, RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan slot mikro-SD.  Selain itu, ia hadir dengan paparan skrin Super AMOLED Plus FHD+ 6.7 inci, skrin segar semula 120Hz dan pengimbas cap jari pada butang kuasa di bahagian sisi telefon.

    Pada bahagian belakangnya terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 64MP, ultra-lebar 12MP dan makro 5MP. Kamera swafotonya pula hadir dengan resolusi 32MP. Spesifikasi lain Galaxy M25 5G adalah ia mempunyai sambungan Bluetooth 5.0, dwi-band Wi-Fi, GPS dengan GLONASS dan bicu audio 3.5mm.

    Tambahan, baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W serta menggunakan paparan antara muka Samsung One UI 3.1 beroperasi atas Android 11. Ia tersedia dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Harganya dikhabarkan sekitar €380 (~RM1,860).

    Apa pun kami masih belum menerima maklumat rasmi daripada Samsung tentang keberadaanya untuk pasaran Malaysia. Adakah anda berminat dengan telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...