More

    Samsung Galaxy M53 akan dilancar pada 27 Mac 2022

    Selepas melancarkan siri Galaxy A terbaharu pada minggu lepas, Samsung bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan seterusnya, Samsung Galaxy M53, pada 27 Mac 2022 di Vietnam. Setakat ini spesifikasi telefon tersebut masih belum dikongsi oleh Samsung namun ia sudah pun tertiris dalam media sosial.

    Telefon tersebut mempunyai nombor model SM-M536B dan berdasarkan penyenaraian Geekbench sebelum ini, ia mungkin dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 900, empat kamera, bateri 5,000mAh, sokongan pengecasan pantas 25W dan perisian One UI 4.1 berdasarkan Android 12.

    Selain itu, Galaxy M53 mungkin dilengkapi skrin Super AMOLED berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan sebuah takuk titisan air (waterdrop notch) yang menempatkan kamera swafoto 32MP. Kamera di belakang pula terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured