More

    Samsung Galaxy M53 dilancar: Skrin Super AMOLED Plus 120 Hz 6.7″, bateri 5,000mAh dan kamera 108MP

    Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy M53 5G yang dilengkapi dengan kamera utama 108 MP dan paparan Super AMOLED Plus 6.7 inci dengankadar penyegaran semula 120Hz yang besar. Spesifikasi ini kelihatan biasa kerana M53 merupakan versi bajet Samsung Galaxy A73 5G (bukan A53).

    Satu perkara yang berbeza antara Galaxy M53 dan A73 adalah cipset M53 mungkin dikuasakan oleh Dimensity 900 dan bukannya Snapdragon 778G (hanya jangkaan kerana Samsung tidak mendedahkan cipset). Kedua-duanya adalah 6 nm (TSMC) tetapi cipset Snapdragon mempunyai CPU (teras berasaskan 4x Cortex-A78 berbanding 2x A78) dan GPU yang lebih baik.

    Selain itu, terdapat hanya satu konfigurasi memori 6GB /128GB bersama slot mikroSD. Kamera utama 108MP membawa lensa f/1.8 tanpa penstabilan imej optik (OIS), kamera ultra lebar 8MP dengan resolusi yang lebih rendah (turun daripada 12 MP), sensor makro 2MP dan sensor kedalaman 2 MP manakala kamera swafoto 32MP.

    Ia menampilkan paparan 6.7 inci, panel Super AMOLED Plus dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120 Hz. Pengimbas cap jari di bahagian sisi juga berfungsi sebagai butang kuasa.

    Telefon ini dikuasakan oleh bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 25W. Ia turut mempunyai sambungan Wi-Fi 5 (ac) serta Bluetooth 5.2. Pelancaran ini dilakukan secara senyap-senyap maka kebanyakan maklumat mengenai Samsung Galaxy M53 5G masih ditunggu-tunggu.

    Berkemungkinan besar semua butiran akan didedahkan dalam beberapa minggu lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured