More

    Samsung Galaxy Ring dilancar di Malaysia: Cincin pintar dengan fungsi kesihatan bermula RM2,099

    Samsung Malaysia hari ini melancarkan cincin pintarnya yang pertama iaitu Samsung Galaxy Ring yang padat dengan pelbagai fungsi kesihatan canggih. Dengan Galaxy AI, ia boleh disepadukan dengan aplikasi Samsung Health untuk menyediakan analisa dalam masa nyata (real-time) dan cadangan kesihatan yang peribadi untuk setiap pengguna.

    Cincin ini mempunyai rangka titanium yang bergaya dan ditawarkan dalam pelbagai saiz, daripada saiz 5 hingga 15 untuk dimuatkan pada pelbagai saiz jari. Setiap Galaxy Ring akan didatangkan dengan bekas pengecas yang lutsinar dan menampilkan cahaya LED.

    Daripada segi ketahanan, cincin ini kalis air sehingga 10ATM untuk memudahkan anda memakai jari ini sewaktu mandi atau bersukan. Baterinya pula boleh bertahan sehingga tujuh hari.

    Untuk mengukur kesihatan pengguna, ia mempunyai tiga sensor yang boleh menjejak degupan jantung, suhu kulit dan gerakan jari. Semua sensor ini akan berfungsi dengan Galaxy AI untuk memberi analisa kesihatan lengkap seperti

    • Energy Score: Mengukur tidur dan degupan jantung anda untuk menilai tahap kesegaran fizikal dan mental
    • Wellness Tips: Memberi tips kesihatan berdasarkan tabiat harian
    • Cycle Tracking: Menjejak kitaran haid wanita
    • Penjejakan jalan kaki dan larian
    • Sleep Insights: Mengukur kualiti tidur sepanjang malam
    • Mindfulness Tracker: Membantu mengurus tahap stres

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk cincin pintar ini:

    • Ukuran 7.0×2.6mm
    • Berat 2.3g hingga 3.3g, bergantung kepada siz
    • Saiz 5 hingga 15
    • Bateri 18-23.5mAh, boleh tahan sehingga tujuh hari
    • Bekas pengecas dengan bateri 361mAh
    • Kalis air 10ATM, IP68
    • Sistem operasi Android

    Samsung Galaxy Ring akan dijual di Malaysia pada harga RM2,099. Ia akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam Titanium Black, perak Titanium Silver dan emas Titanium Gold.

    Untuk masa yang terhad sehingga 30 April 2025, Samsung Malaysia memberi peluang kepada pemilik-pemilik telefon Galaxy Z Series dan Galaxy S Series terpilih untuk membeli Galaxy Ring. Jika anda salah seorang daripada golongan ini, anda boleh dapatkan jemputan dalam aplikasi Samsung Members dan lawat kedai Samsung Experience Store untuk pembeliannya.

    Pemilik siri Galaxy S20, S21, S22, S23, S24 dan S25, serta siri Galaxy Z Flip3, Flip4, Flip5, Flip6, Fold3, Fold4, Fold5 dan Fold6 boleh membeli Galaxy Ring dalam tempoh ini. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured