More

    Samsung Galaxy S20 Fan Edition, pengganti S20 Lite bakal hadir dengan Snapdragon 865

    Berita ini mungkin berita menggembirakan untuk para peminat Samsung. Menurtu sumber, Samsung dilaporkan sedang membina versi baharu Galaxy S20 untuk menggantikan Galaxy S10 Lite yang terdahulu.

    Memandangkan ia adalah versi Lite, jadi kita boleh menjangkakan harga yang lebih berpatutan berbanding model lain dalam siri Samsung Galaxy S20. Jika Galaxy S10 Lite terdahulu dihuni Snapdragon 855, maka mungkin kita boleh menjangkakan Snapdragon 865 pada S20 Lite ini.

    Galaxy S10 Lite

    Namun, sumber turut melaporkan S20 Lite ini bakal dinamakan Galaxy S20 Fan Edition. Turut dilaporkan, ia mungkin bakal dihuni storan sekurang-kurangnya 128GB, Snapdragon 865 dengan jangkaan harga 800 USD (~RM3416). Untuk pengetahuan anda, jangkaan harga tersebut adalah di pasaran Amerika Syarikat (AS) dan ianya lebih rendah berbanding Galaxy S20 yang berharga 999 USD (~RM4266) di AS. Jika di Malaysia Samsung Galaxy S20 berharga RM3049, maka mungkin Galaxy S20 Fan Edition hadir dengan harga yang lebih berpatutan daripada Galaxy S20.

    Apa pun, maklumat ini merupakan maklumat tidak rasmi. Adakah anda bakal mendapatkan Samsung Galaxy Fan Edition dengan Snapdragon 865 jika ianya hadir? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured