More

    Samsung Galaxy S20 FE terima pengiktirafan Thailand, mungkin akan dilancar Oktober

    Maklumat tentang Samsung Galaxy S20 FE (Fan Edition) semakin banyak dilaporkan baru-baru ini dan kini telefon pintar tersebut telah pun mendapat pengiktirafan daripada National Broadcasting and Telecommunications Commisssion (NBTC) di Thailand. Sebelum ini, S20 FE telah mendapat pengiktirafan TENAA di China. Di Filipina pula, Samsung Filipina telah menyenaraikan S20 FE dalam laman web mereka buat seketika sebelum memadamkannya.

    Samsung mungkin akan mengumumkan Galaxy S20 FE pada bulan Oktober. Telefon ini adalah varian Galaxy S20 yang lebih berpatutan dan mempunyai spesifikasi mirip S20 yang dilancarkan pada awal tahun ini, seperti skrin Super AMOLED 120Hz, cipset Snapdragon 865 atau Exynos 990 dan tiga kamera di belakang.

    Sijil pengiktirafan NBTC Thailand

    Antara yang membuatkan S20 FE lebih murah berbanding S20 biasa mungkin pada skrin yang mempunyai resolusi lebih rendah iaitu 1080p, RAM yang lebih rendah, sensor kamera berlainan dan kamera telefoto 8MP bagi menggantikan kamera telefoto 64MP dalam S20 biasa. Sebelum ini, rupa awal Galaxy S20 FE juga telah didedahkan.

    Khabar angin setakat ini mengatakan peranti itu mungkin dilancar Oktober ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Root My Galaxy

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...