More

    Samsung Galaxy S21 dengan Snapdragon 875, 4000mAh melepasi kelulusan di China

    Mungkin berita ini masih terlalu awal untuk peminat telefon pintar. Samsung Galaxy S21 kini dilihat melepasi kelulusan Compulsory Certification of China (3C). Penyenaraiannya ini diperlihatkan melalui nombor model SM-G9910.

    Menurut sumber, terdapat juga beberapa spesifikasi yang terlihat seperti janaan cipset Snapdragon 875, pengecas 25W bersama di dalam kotak dan bateri 4000mAh. Penyenaraian ini memperlihatkan syarikat pemohon; Samsung (China) Investment dan pengilangnya Samsung Electronics.

    Berdasarkan ura-ura lalu, Samsung Galaxy S21 Ultra dikatakan akan hadir dengan tetapan lima kamera utama termasuklah lensa Samsung HM2 108MP dan bateri 5000mAh.

    Sumber terdahulu yang lain turut melaporkan Samsung Galaxy S21 akan dilengkapi sokongan rakaman 1080p pada 240fps, rakaman 4K pada 120fps dan rakaman 8K pada 30fps. Ia juga mungkin dilengkapi skrin 120Hz atau 144Hz.

    Jika Samsung Galaxy S21 dilancarkan pada tahun ini, ia bukan hal yang mengejutkan kerana kami baru sahaja melaporkan mengenai hal inisams.

    Apa pun, kesemua maklumat ini masih bertahap spekulasi. Anda boleh membaca berita lepas mengenai Samsung, cipset Exynos terbaru dan Samsung Galaxy S21.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...