More

    Samsung Galaxy S21 FE dikesan di pensijilan FCC dengan cas pantas 45W

    Samsung dikhabarkan akan melancarkan Galaxy S21 FE (Fan Edition) dalam beberapa bulan akan datang. Terbaru, peranti ini telah dikesan di pensijilan FCC dan ianya dilihat menyokong pengecasan pantas 45W.

    Penyenaraian FCC menunjukkan peranti dengan nombor model SM-G990U yang menyokong dua pengecas EP-TA800 (25W) dan EP-TA845 (45W). Namun, seperti yang dilaporkan sebelum ini, pengecas tersebut tidak akan disertakan di dalam kotak.

    Sebelum ini, Galaxy S21 FE telah dikesan di Geekbench dengan RAM 8GB dan dilengkapi cipset Snapdragon 888. Peranti ini juga dikatakan akan mengekalkan panel belakang plastik dan bentuk modul kamera yang sama seperti siri Galaxy S21.

    Selain itu, Galaxy S21 FE ini juga akan hadir dengan skrin Super AMOLED 6.41 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Berdasarkan sumber lalu, ia akan memasuki pasaran dalam beberapa bulan akan datang (sekitar bulan September atau Oktober).

    Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured