More

    Samsung Galaxy S22+ dikesan dalam Geekbench, dilengkapi cipset Snapdragon 898

    Dengan tahun 2021 yang kian berakhir, khabar angin tentang siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S22 semakin rancak diperkatakan kerana ia dijangka untuk dilancar pada awal 2022. Terbaru, Samsung Galaxy S22 Plus 5G telah dikesan dalam laman web penanda aras Geekbench, di mana ia disenaraikan dengan cipset andalan Qualcomm terbaru.

    Telefon tersebut mempunyai nombor model SM-S906U, iaitu nombor model untuk Samsung Galaxy S22 Plus versi Amerika Utara. Geekbench memaparkan markah 1,163 untuk ujian teras tunggal dan 2,728 untuk ujian multi-teras.

    Geekbench turut menunjukkan spesifikasi asas untuk Galaxy S22 Plus iaitu RAM 8GB dan sistem operasi Android 12. Cipsetnya bakal mempunyai satu teras utama Cortex-X2 3.0GHz, tiga teras A710 2.5GHz dan empat teras A510 1.8GHz.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S22+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured