More

    Samsung Galaxy S22 mungkin dilengkapi cas pantas 45W, pengecas dijual secara berasingan

    Dengan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S22 yang semakin hampir, semakin banyak maklumat tentangnya telah tertiris di internet. Terbaru, beberapa varian Galaxy S22 dikhabarkan bakal menyokong kadar pengecasan pantas 45W.

    Maklumat ini diperolehi daripada media Belanda, Nieuwe Mobiel, yang berkongsi beberapa gambar iklan untuk telefon tersebut dan menunjukkan bahawa siri Galaxy S22 akan menyokong kadar pengecasan 45W.

    Sungguh pun begitu, ia hanya akan ditawarkan dalam Galaxy S22 Plus dan Galaxy S22 Ultra. Menurut iklan itu, bateri Galaxy S22 Plus yang mempunyai kapasiti 4,500mAh boleh dicas penuh dalam masa 60 minit sahaja. Varian tercanggih dalam siri telefon ini iaitu Galaxy S22 Ultra dikhabarkan akan turut mempunyai kadar pengecasan 45W, namun kapasiti baterinya lebih besar iaitu 5,000mAh.

    Untuk Galaxy S22 standard pula, ia mungkin hanya menyokong kadar pengecasan 25W iaitu sama seperti dalam Galaxy S21 sebelum ini. Ia bakal mempunyai bateri berkapasiti 3,700mAh dan pengecasan penuh memerlukan 70 minit.

    Selain itu, siri Galaxy S22 juga dijangka tidak akan dijual bersama pengecas di dalam kotak, seperti yang berlaku dalam siri Galaxy S21 sebelum ini. Oleh yang demikian, pelanggan mungkin perlu membeli pengecas berkadar 45W ke atas untuk memanfaatkan kadar pengecasan Galaxy S22 sepenuhnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy S22 nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nieuwe Mobiel

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured