More

    Samsung Galaxy S23 FE mungkin dilancar pada September 2023

    Samsung Galaxy S23 FE dikhabarkan akan dilancarkan pada bulan September ini selari dengan jangkaan pelancaran pada suku ketiga (Q3). Laporan sebelum ini mengatakan bahawa telefon ini akan mempunyai cipset Exynos 2200 di kebanyakan negara manakala Amerika Syarikat akan membawa cipset Snapdragon 8 Gen 1.

    Ia akan dilengkapi dengan skrin Dynamic AMOLED FHD+ 120Hz 6.4 inci , sistem tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS (Pentabilan Imej Optik), ultra lebar 8MP dan telefoto 12MP. Tambahan pula, ia akan mempunyai kamera swafoto 10MP dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 25W.

    Sistem operasi yang akan digunakan adalah One UI 5.1 berdasarkan Android 13 dengan empat tahun kemas kini Android dan tambahan setahun kemas kini keselamatan. Harganya mungkin lebih murah berbanding model S23 dan S23+ sedia ada, walaupun harga sebenarnya masih belum didedahkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured