More

    Samsung Galaxy S24 FE mungkin akan dilancar pada 26 September 2024

    Setiap tahun, Samsung sering melancarkan varian mampu milik untuk telefon pintar Galaxy S, yang dinamakan Fan Edition (FE) seperti Samsung Galaxy S23 FE yang dilancar pada Oktober 2023. Untuk tahun ini pula, Samsung Galaxy S24 FE dikhabar akan dilancar pada hujung bulan ini.

    Menurut sumber, Samsung Galaxy S24 FE akan dilancarkan pada 26 September 2024. Sebuah video pendek daripada Samsung Vietnam telah mengesahkan acara pelancaran untuk telefon tersebut yang akan berlangsung pada 26 September jam 10:00 malam waktu tempatan.

    Telefon tersebut mempunyai rangka besi, bucu bulat, tiga kamera di belakang dan sokongan untuk Galaxy AI. Ini semua adalah ciri-ciri yang serupa dengan siri Galaxy S24, jadi ia mungkin menunjukkan Galaxy S24 FE yang akan dilancar kelak.

    Lebih menarik, siri tablet Samsung Galaxy Tab S10+ dan Samsung Galaxy Tab S10 Ultra juga dijangka akan dilancar bersama telefon tersebut. Samsung Vietnam telah pun membuka pendaftaran untuk pembelian peranti-peranti baharu yang akan dilancar pada hari itu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...