More

    Samsung Galaxy S24 muncul dalam data Geekbench, tampilkan Snapdragon 8 Gen 3 dan RAM 8GB

    Nampaknya, Samsung Galaxy S24+ yang akan membuat kemunculan di pasaran Amerika Syarikat (AS) bernombor model SM-S926U telah muncul dalam pangkalan data Geekbench. Menurut maklumat dalam pangkalan data, ia akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan RAM 8GB.

    Penanda aras itu juga menunjukkan bahawa cipset Snapdragon 8 Gen 3 mempunyai satu CPU Cortex-X4 dengan 3.3GHz, tiga teras CPU Cortex-A720 dengan 3.15GHz, dua teras CPU Cortex-A720 dengan 2.96GHz, dua teras CPU Cortex-A520 pada kelajuan 2.27GHz dan GPU Adreno 750. Ia akan menggunakan sistem operasi Android 14 telah memperoleh 2,233 mata dalam ujian CPU teras tunggal (Geekbench 6) dan 6,661 mata dalam ujian CPU berbilang teras.

    Namun begitu, khabar angin mengatakan bahawa Galaxy S24 akan dijual di Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia dengan cipset Exynos 2400. Sekiranya ini benar, akan terdapat ramai peminat yang akan meluahkan rasa tidak puas hati kerana berkemungkinan juga ramai pengguna lebih memilih cipset Snapdragon 8 Gen 3.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sam Mobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured