More

    Samsung Galaxy S25 dijangka bawa paparan besar pada 6.36 inci

    Khabar angin terbaru dari Korea Selatan membayangkan Samsung meneruskan trend peningkatan saiz paparan pada Galaxy S25 yang akan datang dengan skrin yang dispekulasikan pada 6.36 inci berbanding paparan 6.2 inci pada Galaxy S24.

    Langkah ini akan membawa S25 ke dalam kategori saiz yang sama seperti pesaing seperti Xiaomi 14 dan juga iPhone 16 Pro yang dikhabarkan akan menampilkan paparan 6.3 inci. Selain itu, laporan mencadangkan bahawa siri Galaxy S25 akan dikuasakan oleh cipset Exynos 2500 di semua pasaran.

    Dijangkakan juga bahawa kedua-dua Galaxy S25 dan S25+ mungkin mengekalkan sensor utama 50MP ISOCELL GN3 yang dilihat pada pendahulunya, walaupun terdapat juga spekulasi mengenai kemasukan sensor utama Sony dalam generasi S25.

    Seorang lagi penganalisi Samsung, Bennett Buhner telah mendedahkan bahawa Galaxy S25 Ultra akan menampilkan bateri dan sensor kamera utama yang lebih besar berbanding pendahulunya. Ini menunjukkan ia bakal menghasilkan peningkatan dalam hayat bateri dan prestasi kamera.

    Sebagai tambahan kepada kebocoran ini, laporan mencadangkan bahawa Galaxy S25 akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 4 dan sokongan RAM yang lebih pantas dengan peningkatan keupayaan AI. Walau bagaimanapun, pelancaran rasminya masih terlalu lama dan jangkaan lanjut mengenai telefon pintar andalan ini mungkin boleh berubah.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Techradar

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured