More

    Samsung Galaxy S25 FE mungkin dilancar pada September 2025, ditawarkan dalam 4 warna

    Ramai menjangkakan Samsung akan melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S25 FE sepatutnya dilancar dalam acara Galaxy Unpacked lalu bersama Galaxy Z Fold7 dan Flip7, namun telefon ini tidak membuat penampilan langsung. Walau bagaimanapun, ia kini dikhabarkan akan dilancar pada hari Selasa, 19 September 2025 dan rekaannya telah tertiris.

    Menurut sumber, Galaxy S25 FE akan mempunyai rekaan yang serupa dengan Galaxy S25+ dan akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu hitam Jet Black, putih, biru muda dan biru gelap. Unik untuk warna biru muda dan biru gelap adalah ia bakal mempunyai bahagian bahagian sisi berwarna perak, manakala warna hitam Jet Black dan putih pula mempunyai bahagian sisi yang sama warna dengan bahagian belakang.

    Galaxy S24 FE dikhabarkan akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi 1080×2340, kadar segar semula 120Hz dan kaca Gorilla Glass Victus. Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Samsung Exynos 2400, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 45W dan pengecasan wayarles 15W.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP dengan zum optikal 3x di belakang, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 12MP. Ia turut mempunyai rating kalis air IP68 dan sistem operasi Android 16 dengan antara muka One UI 8.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S25 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NieuweMobiel, GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured