More

    Samsung Galaxy S25 FE, siri Tab S11 dan Buds3 FE kini tersedia di Malaysia, bermula RM349

    Samsung Malaysia kini rasmi membawa masuk tiga produk baharu ke pasaran tempatan iaitu Samsung Galaxy S25 FE, siri tablet Galaxy Tab S11 dan fon telinga wayarles Galaxy Buds3 FE. Kesemua produk ini sudah mula ditawarkan dengan pelbagai promosi eksklusif bermula 19 September 2025.

    Galaxy S25 FE hadir dengan paparan 6.7 inci Dynamic AMOLED 2X yang menyokong kadar segar semula adaptif, dilengkapi kamera hadapan 12MP ProVisual Engine dengan sokongan Super HDR dan ciri Galaxy AI termasuk Generative Edit, Instant Slow-mo, Audio Eraser, Gemini Live serta Circle to Search.

    Baterinya berkapasiti 4,900mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W dan dijamin dengan kemas kini perisian serta keselamatan sehingga tujuh tahun menerusi Samsung Knox. Di Malaysia, Galaxy S25 FE ditawarkan pada harga RM3,099 untuk 256GB dan RM3,699 untuk 512GB.

    Siri Galaxy Tab S11 pula hadir dengan dua pilihan iaitu Tab S11 bersaiz 11 inci dan Tab S11 Ultra bersaiz 14.6 inci. Kedua-duanya menggunakan cip 3nm generasi baharu dengan keupayaan Galaxy AI terbina. S Pen diberikan bersama dengan fungsi Quick Tools selain sokongan Samsung DeX yang ditawarkan khas pada versi Ultra untuk pengalaman seakan komputer riba.

    Di Malaysia, Galaxy Tab S11 dijual pada harga bermula RM3,899 untuk versi WiFi manakala Tab S11 Ultra berharga antara RM5,999 hingga RM6,999 bergantung kepada konfigurasi storan dan sambungan. Setiap pembelian juga hadir dengan aksesori bernilai sehingga RM1,208 termasuk Book Cover Keyboard Slim dan S Pen.

    Galaxy Buds3 FE pula diperkenalkan pada harga RM499 dengan rekaan baharu, pemandu audio yang lebih besar, ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dipertingkat dan panggilan lebih jelas melalui Crystal Clear Call. Fon telinga ini turut menyokong kawalan sentuhan picit dan leret, tukar sambungan automatik antara peranti Galaxy dan integrasi ciri AI.

    Bagi meraikan pelancaran, Samsung Malaysia menyediakan promosi istimewa sehingga 19 Oktober 2025. Pembelian Galaxy S25 FE layak menerima rebat dan naik taraf storan berganda bernilai sehingga RM850. Selain itu, setiap pembelian Samsung Reservation+ Voucher bernilai RM50 antara 4 hingga 22 September 2025 turut menerima e-voucher tambahan RM250 yang boleh ditebus untuk S25 FE atau Tab S11.

    Pelanggan juga boleh mendapatkan Galaxy Buds3 FE pada harga RM349 apabila dibeli bersama Galaxy S25 FE atau Tab S11. Beritahu kami di Facebook jika anda bermiat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...