More

    Samsung Galaxy S25 mungkin akan dilengkapi Snapdragon 8 Elite untuk semua negara

    Dengan pelancaran siri Samsung Galaxy S25 yang dijangka akan berlangsung pada bulan ini, ramai dalam kalangan pengguna yang ingin tahu apakah model cipset yang akan digunakan dalam siri telefon tersebut, sama ada Qualcomm Snapdragon atau Samsung Exynos. Kini terdapat laporan mengatakan bahawa semua varian Galaxy S25 akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite iaitu cipset terpantas oleh Qualcomm setakat ini.

    Sebuah model Samsung Galaxy S25 yang disenaraikan dalam pangkalan data penanda aras Geekbench menunjukkan bahawa ia mempunyai nombor model SM-S931B, sistem operasi Android 15 dan RAM 12GB.

    Ia mempunyai motherboard “sun” dan governor “walt” yang menunjukan bahawa ia adalah cipset Snapdragon 8 Elite. Ia mencatatkan markah 2,986 dalam ujian teras tunggal dan 9,355 dalam ujian multi-teras, yang menunjukkan bahawa ia agak rendah berbanding telefon Snapdragon 8 Elite yang lain.

    Sebelum ini, siri Samsung Galaxy S24 yang dijual dalam pasaran Malaysia dan kebanyakan negara menerima cipset Exynos 2400, manakala pasaran-pasaran terpilih seperti Amerika Syarikat dan China menerima cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Kedua-duanya merupakan cipset yang tercanggih untuk telefon andalan yang dilancar pada 2024, namun Snapdragon 8 Gen 3 mempunyai prestasi yang lebih tinggi sedikit berbanding Exynos 2400.

    Oleh yang demikian, para pengguna berharap siri Galaxy S25 bakal dilengkapi cipset Snapdragon untuk semua pasaran, bagi menikmati prestasi yang setinggi mungkin. Kali terakhir Samsung menggunakan cipset Snapdragon sahaja untuk semua varian Galaxy S adalah sewaktu mereka melancarkan siri Samsung Galaxy S23, di mana setiap negara menerima cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy S25 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured