More

    Samsung Galaxy SmartTag2 dilancar di Malaysia: Bertahan sehingga 700 hari pada RM149


    Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy SmartTag2 di Malaysia sebagai antara pesaing kepada Apple AirTag. Peranti penjejakan ini kini boleh dibeli di negara kita selepas pelancaran globalnya pada bulan ini.

    Jika dibandingkan dengan pendahulunya, Galaxy SmartTag2 menawarkan peningkatan seperti jangka hayat bateri sehingga 700 hari dengan mod penjimatan kuasa baharu manakala ia boleh bertahan selama 500 hari dengan mod standard. Ia juga mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP67 untuk ketahanan yang lebih baik.

    Mod hilang membolehkan pengguna telefon pintar yang dilengkapi NFC untuk melihat milik siapa Galaxy SmartTag2 yang dijumpai. Sementara itu, paparan kompas menyediakan maklumat arah dan jarak.

    Peranti penjejakan ini menggunakan Bluetooth Low Energy dan aplikasi SmartThings Find Samsung Knox yang disulitkan, membolehkan anda menemui SmartTag2 (dan barangan yang dipasanginya) hanya dengan menggunakan kamera anda.

    Maklumat tag yang tidak dikenali juga akan memberi amaran jika terdapat pengguna yang tidak dibenarkan menjejaki SmartTag2 anda. Untuk menggunakannya, anda perlu log masuk ke akaun Samsung dan telefon pintar Samsung Galaxy yang serasi dengan Android 11 atau yang lebih baharu.

    Ia kini boleh dibeli di laman web rasmi Samsung Malaysia dan peniaga-peniaga Samsung yang sah pada harga RM149. Buat sementara ini, hanya varian hitam yang boleh dibeli, sementara varian putih hanya disediakan apabila anda membeli Pakej 4 yang masih belum dilihat di laman web.

    Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured