More

    Samsung Galaxy Tab A7 Lite dilancar di Malaysia: Skrin 8.7 inci, cas pantas 15W, berharga RM699

    Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan tablet terbaru mereka iaitu Galaxy Tab A7 Lite. Mengikut Samsung, tablet mampu milik ini sesuai untuk pengguna yang ingin melayari kandungan atau bergaming tanpa mengeluarkan duit yang banyak.

    Galaxy A7 Lite ini adalah sebuah tablet yang kompak dengan reka bentuk yang ringkas. Skrinnya bersaiz 8.7 inci dan ia dibina menggunakan besi kukuh yang nipis. Pada bezel peranti ini, terdapat dua pembesar suara dengan ciri Dolby Atmos.

    Selain itu, ia dilengkapi cipset Helio P22T, RAM 4GB dan storan 64GB. Anda boleh menambahkan storan sehingga 1TB menggunakan kad microSD.

    Galaxy A7 Lite ini juga hadir dengan bateri 5,100mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W. Ia juga dilindungi oleh Samsung Knox untuk jaminan sekuriti yang lebih baik.

    Jika anda berminat untuk memilikinya, anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Samsung Malaysia. Pada tanda harga RM699, ia sememangnya adalah pilihan yang bagus terutamanya kepada pengguna yang suka melayan filem dan bermain game.

    Ikuti kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured