More

    Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) tertiris, miliki skrin 10.5” berharga ~RM1,080

    Samsung sedang dalam usaha membangunkan sebuah tablet dengan ukuran skrin bersaiz 10 inci. Tablet tersebut menfokuskan kepada harga yang mesra poket dan dijangka bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

    Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) bakal dilengkapi cipset Unisoc Tiger T618, skrin LCD 10.5” inci dengan resolusi 1,920 x 1,200 piksel (aspek nisbah 16:10), segar semula skrin 60Hz dan pembesar suara quad Dolby Atmos. Ianya mempunyai ukuran badan 246.7 x 161.8 x 6.9 mm dan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu emas, perak and kelabu.

    Cipset 12 nm ini mempunyai dua teras Cortex-A75 2.0 GHz, enam teras A55 1.8 GHz, unit pemprosesan Mali-G52 MP2 dan LTE. Tablet ini tersedia dalam dua varian iaitu LTE dan Wi-Fi. RAM dan storan dalaman akan tersedia dalam beberapa pilihan iaitu 3GB + 32GB, 4GB + 64GB dan 4GB + 128GB.

    Samsung Galaxy Tab A8 10.5 (2021) mungkin hadir dengan bateri berkapisiti 7,040 mAh yang diharapkan menyokong pengecasan pantas. Untuk pengetahuan, Galaxy Tab A7 10.4 (2020) mempunyai bateri berkapasiti 7,040 mAh dengan pengecasan 15W.

    Selain daripada pembesar suara quad, tablet ini juga mungkin memiliki bicu audio 3.5 mm, kamera swafoto 5MP, kamera utama utama 8MP, pengimbas muka untuk membuka kunci dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.

    Galaxy Tab A8 10.5 (2021) dijangka bakal dilancarkan pada 21 Oktober ini dan berharga INR 19,000 (~RM1,080). Jika dilihat sebelum ini, Galaxy Tab A7 10.4 (2020) untuk varian Wi-Fi bermula pada harga INR 21,000 (~RM1,190) ketika pelancarannya dan kini telah menurun kepada INR 18,000 (~RM1,020).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...